PUDING RAJA...
Puding
Raja
Sumber:
buku Air Tangan Tengku Puan Pahang
sumber gambar: citarasawan blogger
Oleh: Suria
Bahan bahan:
4 sikat
pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan
biji gajus - digoreng
2-3
genggam jala emas
200gram
buah prun - potong 4
Buah ceri
merah/hijau
2 sudu
besar minyak sapi
Minyak
untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding:
1 tin
susu cair
3 biji
telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin
air
1-2 cawan
gula (ikut citarasa)
Daun
pandan - simpul
Esen vanilla
Esen vanilla
Cara memasak:
Panaskan
minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng
pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap
minyak yang berlebihan.
Kemudian
goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Kuah Puding:
Pukul
kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur
putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di
atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit
esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak
bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:
Aturkan
pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian
aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
Tuangkan
kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
Comments
Post a Comment