CHEAT from Allan Baillie


Ulasan Artikel Bahasa Inggeris 


Tajuk cerpen ini ialah “CHEAT!”, karya cerpen ini ditulis oleh Allan Baillie.Cerita yang menarik tentang dua pelajar sekolah iaitu Geoff dan Lynne. Mereka mempunyai sikap suka untuk bersaing dengan rakan sebaya dan juga mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pertandingan cerita pendek telah dimenangi oleh Geoff dan dia telah mendapat pinggat kemenangan. Namun, Lynne mendapat nombor 2 dan berasa sangat kecewa. Walaubagaimanapunn Lynne belajar untuk menerima kekalahan dan melupakannnya. Kemudian Lynne pergi ke perpustakaan dan mencari buku penulis William Bradburie. Cerita Geoff tentang “Gajah Pertunjukkkan Hilang di Taman Tema” sama dengan cerita Bradburie. Seterusnya Lynne menganggap Geoff menipu dan bukan menulis secara telus atau alami. Lynne dalam delima sama ada untuk memberitahu Geoff. Semasa perbincangan di dalam kelas tentang kerjaya, Lynne menyebut nama penulis Willian Bradburie dan reaksi Geoff agak terkejut dan merasa dia pernah membaca buku cerita yang ditulis oleh beliau. Beberapa minit kemudian, Lynne dipanggil ke pejabat pengetua Velos dan Geoff ada disitu bersama dengan pinggat kemenangan. Mr.Velos menerangkan bahawa Geoff merasakan dia mengambil cerita daripada koleksi Bradburie. Maka, dia membuat keputusan untuk menukar keputusan dan Lynnne berjaya dalam pertandingan tetapi Lynne berasa tidak gembira dengan situasi tersebut. Lynne mula merasa ragu-ragu tentang cerita yang di tulis olehnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIAM

BERDAMAI DENGAN RASA