CHEAT from Allan Baillie
Ulasan Artikel Bahasa Inggeris
Tajuk cerpen ini ialah “CHEAT!”, karya cerpen ini
ditulis oleh Allan Baillie.Cerita
yang menarik tentang dua pelajar sekolah iaitu Geoff dan Lynne. Mereka
mempunyai sikap suka untuk bersaing dengan rakan sebaya dan juga mempunyai
hubungan yang sangat rapat. Pertandingan cerita pendek telah dimenangi oleh
Geoff dan dia telah mendapat pinggat kemenangan. Namun, Lynne mendapat nombor 2
dan berasa sangat kecewa. Walaubagaimanapunn Lynne belajar untuk menerima
kekalahan dan melupakannnya. Kemudian Lynne pergi ke perpustakaan dan mencari
buku penulis William Bradburie. Cerita Geoff tentang “Gajah Pertunjukkkan
Hilang di Taman Tema” sama dengan cerita Bradburie. Seterusnya Lynne menganggap
Geoff menipu dan bukan menulis secara telus atau alami. Lynne dalam delima sama
ada untuk memberitahu Geoff. Semasa perbincangan di dalam kelas tentang
kerjaya, Lynne menyebut nama penulis Willian Bradburie dan reaksi Geoff agak
terkejut dan merasa dia pernah membaca buku cerita yang ditulis oleh beliau. Beberapa
minit kemudian, Lynne dipanggil ke pejabat pengetua Velos dan Geoff ada disitu
bersama dengan pinggat kemenangan. Mr.Velos menerangkan bahawa Geoff merasakan
dia mengambil cerita daripada koleksi Bradburie. Maka, dia membuat keputusan
untuk menukar keputusan dan Lynnne berjaya dalam pertandingan tetapi Lynne
berasa tidak gembira dengan situasi tersebut. Lynne mula merasa ragu-ragu
tentang cerita yang di tulis olehnya.
Sdr Suria
ReplyDeleteTahniah blognya sudah lengkap.