Posts

Showing posts from June, 2017

CHEAT from Allan Baillie

Ulasan Artikel Bahasa Inggeris  Tajuk cerpen ini ialah “CHEAT!”, karya cerpen ini ditulis oleh Allan Baillie.Cerita yang menarik tentang dua pelajar sekolah iaitu Geoff dan Lynne. Mereka mempunyai sikap suka untuk bersaing dengan rakan sebaya dan juga mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pertandingan cerita pendek telah dimenangi oleh Geoff dan dia telah mendapat pinggat kemenangan. Namun, Lynne mendapat nombor 2 dan berasa sangat kecewa. Walaubagaimanapunn Lynne belajar untuk menerima kekalahan dan melupakannnya. Kemudian Lynne pergi ke perpustakaan dan mencari buku penulis William Bradburie. Cerita Geoff tentang “Gajah Pertunjukkkan Hilang di Taman Tema” sama dengan cerita Bradburie. Seterusnya Lynne menganggap Geoff menipu dan bukan menulis secara telus atau alami. Lynne dalam delima sama ada untuk memberitahu Geoff. Semasa perbincangan di dalam kelas tentang kerjaya, Lynne menyebut nama penulis Willian Bradburie dan reaksi Geoff agak terkejut dan merasa dia pernah mem...

BERPERANG DENGAN MASA

Image
Sepatutnya di tempat kerja dalam waktu macam ini. Segala macam kena buat, kena fikir. Namun, ketika ini juga kepala ligat mencari resipi. Bertanya hati. Apa nak masak petang karang? Nak-nak bulan Ramadan dan warga rumah jemu makan lauk bazar. Macam manalah hidup mak dan nenek moyang kita dulu, kan? Serasa-rasa, tak pernah beli lauk kedai. Masak dari kita tak ada sampai sekarang. Aduhai... Hebatnya wanita, kan?

TAMAK

Image
Jangan pernah rasa cukup beramal. Justeru kita tidak tahu sama ada amal kita itu diterima atau sia-sia. Barangkali ketika beramal itu kita riaq, tak khusyuk atau mungkin juga kita buat sambil lewa atau kerana kebiasaan . Jadi bertamaklah dalam ibadah. Tanam dalam hati, amal kita mungkin belum terhitung. Belum terwujud dalam mizan Allah. Astaghfirullah...

MEMBERI

Image
Kalaulah tahu fadilat, mereka takkan pura-pura bertelefon atau ke tandas selepas makan dengan kawan-kawan. Malah merekalah yang akan berdulu-duluan ke meja juruwang. Sebaik-baiknya sedekah adalah memberi makan orang yang lapar dan dahaga. Terlebih lagi di dalam bulan Ramadan. Selamat Memberi Kawan-kawan.

BERDAMAI DENGAN RASA

Image
Pernah atau tidak, anda terfikir untuk duduk-duduk dan bercerita apa saja dengan beberapa kawan sama ada kawan lama zaman sekolah rendah atau kawan sekolah menengah tanpa gangguan sambil menikmati makanan ringan atau berat dengan menu pilihan? Ada teh atau kopi atau minuman sejuk berapa kali yang termahu.  Tanpa gangguan pengunjung lain. Hanya awak dan kawan. Perempuan sahaja. Boleh buka tudung macam rumah sendiri. Kira macam 'mini gathering'gitu. Nak berdialog sampai lebam pun boleh. Tak balik pun boleh. Pernah tak ada dalam khayalan anda? Selamat berhadapan dengan sibuk, kawan. Namun, kita perlu berdamai dengan rasakan? Perasaan yang ada tika kesibukan melanda dalam diri.

KATA HARIAN

Image
Perkataan hari ini DAJAL. Membawa maksud,  sejenis makhluk yang akan muncul di kala dunia hampir kiamat. Makna lain bermaksud, berbuat jahat. Dajal dalam konteks ini adalah analogi. Jahat macam dajal. Contoh ayat: "Tak payahlah dajalkan aku. Tak hairan sikitpun. Aku dah hafal pola permainan kalian. Silap-silap kau termakan umpan sendiri". Perkatan sering kali digunakan kala kini. sekian. Salam RAMADAN.

DIAM

Image
Diam tidak menyelesaikan masalah. Jadi berterus-teranglah. Kalaupun sakit kalaupun pahit. Moga-moga kejujuranmu dapat mengubat kepalsuan. Membunuh segala sangsi. Salam Jumaat untuk kalian. Moga-moga Jumaat ini bukan Jumaat terakhir kita. Amin. Salam Ramadan...

IBADAH

Image
Solat itu hal individu. Puasa Juga. Tetapi, sedekah itu terkait rapat dengan orang lain. Sebaik-baik sedekah, memberi makan orang nan lapar dan dahaga kerana selagi makanan itu tumbuh jadi darah yang mengalir dalam tubuh anak Adam dan dengan tubuh itu mereka berbuat baik kebajikan atau amal soleh selama itu kau beroleh manfaat. Dan sebaik-baik bulan untuk memberi adalah bulan ini. RAMADAN. sumber gambar: www.urifhidayat.com

PUDING RAJA...

Image
Puding Raja Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang sumber gambar: citarasawan blogger Oleh: Suria Bahan bahan: 4 sikat pisang lemak manis - buang kulit 1 cawan biji gajus - digoreng 2-3 genggam jala emas 200gram buah prun - potong 4 Buah ceri merah/hijau 2 sudu besar minyak sapi Minyak untuk menggoreng Untuk Kuah Puding: 1 tin susu cair 3 biji telur - ambil kuning sahaja 1/2 tin air 1-2 cawan gula (ikut citarasa) Daun pandan - simpul Esen vanilla Cara memasak: Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan. Kuah Puding: Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.  Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. M...

PERGI......

Image
sayu..terpisah hikayat indah kini tinggal sejarah berhembus angin rindu begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti kaulah lagu ku kau irama terindah tak lagi ku dengari kau pergi...pergi sepi..tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa apa pun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia kau pergi..pergi.. AL-FATIHAH~