Posts

CHEAT from Allan Baillie

Ulasan Artikel Bahasa Inggeris  Tajuk cerpen ini ialah “CHEAT!”, karya cerpen ini ditulis oleh Allan Baillie.Cerita yang menarik tentang dua pelajar sekolah iaitu Geoff dan Lynne. Mereka mempunyai sikap suka untuk bersaing dengan rakan sebaya dan juga mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pertandingan cerita pendek telah dimenangi oleh Geoff dan dia telah mendapat pinggat kemenangan. Namun, Lynne mendapat nombor 2 dan berasa sangat kecewa. Walaubagaimanapunn Lynne belajar untuk menerima kekalahan dan melupakannnya. Kemudian Lynne pergi ke perpustakaan dan mencari buku penulis William Bradburie. Cerita Geoff tentang “Gajah Pertunjukkkan Hilang di Taman Tema” sama dengan cerita Bradburie. Seterusnya Lynne menganggap Geoff menipu dan bukan menulis secara telus atau alami. Lynne dalam delima sama ada untuk memberitahu Geoff. Semasa perbincangan di dalam kelas tentang kerjaya, Lynne menyebut nama penulis Willian Bradburie dan reaksi Geoff agak terkejut dan merasa dia pernah mem...

BERPERANG DENGAN MASA

Image
Sepatutnya di tempat kerja dalam waktu macam ini. Segala macam kena buat, kena fikir. Namun, ketika ini juga kepala ligat mencari resipi. Bertanya hati. Apa nak masak petang karang? Nak-nak bulan Ramadan dan warga rumah jemu makan lauk bazar. Macam manalah hidup mak dan nenek moyang kita dulu, kan? Serasa-rasa, tak pernah beli lauk kedai. Masak dari kita tak ada sampai sekarang. Aduhai... Hebatnya wanita, kan?

TAMAK

Image
Jangan pernah rasa cukup beramal. Justeru kita tidak tahu sama ada amal kita itu diterima atau sia-sia. Barangkali ketika beramal itu kita riaq, tak khusyuk atau mungkin juga kita buat sambil lewa atau kerana kebiasaan . Jadi bertamaklah dalam ibadah. Tanam dalam hati, amal kita mungkin belum terhitung. Belum terwujud dalam mizan Allah. Astaghfirullah...

MEMBERI

Image
Kalaulah tahu fadilat, mereka takkan pura-pura bertelefon atau ke tandas selepas makan dengan kawan-kawan. Malah merekalah yang akan berdulu-duluan ke meja juruwang. Sebaik-baiknya sedekah adalah memberi makan orang yang lapar dan dahaga. Terlebih lagi di dalam bulan Ramadan. Selamat Memberi Kawan-kawan.

BERDAMAI DENGAN RASA

Image
Pernah atau tidak, anda terfikir untuk duduk-duduk dan bercerita apa saja dengan beberapa kawan sama ada kawan lama zaman sekolah rendah atau kawan sekolah menengah tanpa gangguan sambil menikmati makanan ringan atau berat dengan menu pilihan? Ada teh atau kopi atau minuman sejuk berapa kali yang termahu.  Tanpa gangguan pengunjung lain. Hanya awak dan kawan. Perempuan sahaja. Boleh buka tudung macam rumah sendiri. Kira macam 'mini gathering'gitu. Nak berdialog sampai lebam pun boleh. Tak balik pun boleh. Pernah tak ada dalam khayalan anda? Selamat berhadapan dengan sibuk, kawan. Namun, kita perlu berdamai dengan rasakan? Perasaan yang ada tika kesibukan melanda dalam diri.

KATA HARIAN

Image
Perkataan hari ini DAJAL. Membawa maksud,  sejenis makhluk yang akan muncul di kala dunia hampir kiamat. Makna lain bermaksud, berbuat jahat. Dajal dalam konteks ini adalah analogi. Jahat macam dajal. Contoh ayat: "Tak payahlah dajalkan aku. Tak hairan sikitpun. Aku dah hafal pola permainan kalian. Silap-silap kau termakan umpan sendiri". Perkatan sering kali digunakan kala kini. sekian. Salam RAMADAN.

DIAM

Image
Diam tidak menyelesaikan masalah. Jadi berterus-teranglah. Kalaupun sakit kalaupun pahit. Moga-moga kejujuranmu dapat mengubat kepalsuan. Membunuh segala sangsi. Salam Jumaat untuk kalian. Moga-moga Jumaat ini bukan Jumaat terakhir kita. Amin. Salam Ramadan...